Remembering Tsunami
3rd Anniversaries.
 
POTRET TSUNAMI
Monolog Insan
Badai semalam
Cerita tsunami penutup lembaran
Membuka pengajaran
Sebuah titik hitam
Ibu hilang anak di penyusuan
Bapa hilang permata warisan
Tsunami menelan, menenggelamkan
Maka benarlah firmanNya
Jika Aku murka
Bukan untuk kaum yang berdosa sahaja!
 
Tsunami
Harfiah – ombak besar di pelabuhan
Bala Tuhan kan itu?
Tentera Tuhankah itu ?
Bahangnya terasa
Baranya membara
Cerita di serambi Makkah
Masjid yang pernah tersergah megah
Tinggal tiangnya sahaja tidak meyembah
Benarlah firmanNya
Solat itu tiang agama!
 
Beralih monsun berskala rektar
Ke daerah wisata berskala internasional
Tsunami makin marah
Melihat jemuran berobjek di kaki pantai
Pakaian malu tidak bersidai
Iman leka bersantai
Lalu digulung ombak laut berkemelut
Sekali air bah , pantai berubah
Tsunami menyerang tidak berjubah!
Nukilan
@-@
AIDA AZIZ
26 DIS 2007
 
Hit Counter
 
Close this page